Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 3 Video Pemasaran)

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

12 April 2019, Jumaat – Seramai 20 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring dari Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 18. Sesi ini telah bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Bagi modul 3, para pelajar telah didedahkan dengan ilmu video pemasaran dimana tenaga pengajar Pusat Internet telah menerangkan mengenai jenis video pemasaran dan juga mengapa video penting bagi meningkatkan jualan. Para pelajar juga didedahkan dengan software Filmora video editing dan diminta untuk menghasilkan video pemasaran mengikut kreativiti masing-masing.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas